Pemberi rasuah kena 12 bulan

Pemberi rasuah kena 12 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160622_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Seorang pengurus syarikat warga Singapura dijatuhi 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai kerajaan, pada 2014.

Robert Tan Giok Poh, 62, dari Syarikat Bustermite Pest Control mengaku bersalah memberi rasuah berjumlah $300 dan lima tiket ‘Disney Aladdin on Skates’ kepada Penolong Pegawai Projek (Gred 1) di bahagian Pengurusan Estet dan Kemajuan Projek, Kementerian Kesihatan pada 23 Julai 2014.

Wang dan tiket itu adalah sebagai ganjaran memproses pembayaran bil bulan kedua terakhir bagi syarikat itu berjumlah $141,610.80 berkaitan dengan kerja membasmi anai-anai di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan hukuman berkuat kuasa hari ini, dan turut memerintahkan wang $300 itu dirampas dan diserahkan kepada kerajaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Chris Ng.

ARTIKEL YANG SAMA