Pemberian skarf percuma bantu cambah sikap prihatin dalam kalangan masyarakat

Pemberian skarf percuma bantu cambah sikap prihatin dalam kalangan masyarakat

MANCHESTER – Lebih 400 pasang skarf telah digantung di atas pagar taman pada awal bulan ini bagi memberikan kemudahan individu yang berasa kedinginan untuk mengambil skarf tersebut dan meletakkannya di leher atau bahu yang setentunya dapat memberikan rasa yang lebih selesa sempena kedatangan musim sejuk ini.

Beratus-ratus pasang skarf telah diberikan secara percuma yang merupakan sebuah projek yang telah dilakukan sejak dua tahun lalu oleh Rev. Ruth Gallot yang memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk lebih terbuka hati bagi menghulurkan pertolongan berbanding hanya menghulurkan cek.

“Pada dasarnya, ia adalah satu perkara yang cukup mudah untuk dilakukan dan sumbangan ini setentunya merupakan satu amalan mulia,” jelas Gallot

Pada tahun pertama, sebanyak 75 skarf telah berjaya dihasilkan dan diberikan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

“Saya mahu membantu bagi melihat masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan tidak berasa kesejukan di mana saya jelas berasa cukup bangga terhadap usaha yang dilakukan ini,” jelas Christine Hrycuna yang telah mengait sebanyak 50 pasang skarf pada tahun ini.

Lebih 400 pasang skarf telah digantung di atas pagar taman di Manchester untuk diberikan kepada masyarakat awam.
Lebih 400 pasang skarf telah digantung di atas pagar taman di Manchester untuk diberikan kepada masyarakat awam.
Rasa keselesaan setentunya dapat dirasakan ketika bersiar-siar dengan memakai skarf terutama pada musim sejuk.
Rasa keselesaan setentunya dapat dirasakan ketika bersiar-siar dengan memakai skarf terutama pada musim sejuk.

Kumpulan pengait ini semakin berkembang sejak ia mula ditubuhkan dua tahun yang lalu di mana ia telah memberikan banyak topi dan skarf secara percuma kepada masyarakat awam.

Rata-rata reaksi yang diterima terhadap projek ini sangat positif di mana ramai pengunjung taman tersebut berasa sukar untuk mempercayai bahawa mereka diberikan skarf secara percuma.

“Ia merupakan satu usaha yang sangat mulia di mana skarf ini dapat memberikan rasa keselesaan kepada para pengunjung yang bersiar-siar di taman tersebut tambahan lagi ia ditampilkan pada warna-warna yang sangat menarik,” jelas Dawon Fulse, salah seorang pengunjung di taman tersebut yang turut berpeluang untuk memiliki skarf tersebut secara percuma.

Sebanyak 75 pasang skarf juga telah diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan tidak memiliki sebarang rumah perlindungan.

Kumpulan pengait skarf di Manchester gigih menghasilkan skarf untuk diberikan kepada masyarakat.
Kumpulan pengait skarf di Manchester gigih menghasilkan skarf untuk diberikan kepada masyarakat.

SCARVES FOR STRANGERS

“Ia merupakan satu perkembangan positif di mana melalui usaha ini dapat menerapkan sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru usaha ini wajar diperluaskan yang bukan sahaja pada skarf namun turut merangkumi pertolongan daripada bentuk yang lain,” jelas Pengarah Program Horizon Baru, Kevin Kintner di New Hampshire yang berperanan untuk memberikan perlindungan dan makanan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Gallot turut menjelaskan bahawa usaha yang dilakukan ini juga telah berjaya menarik perhatian daripada pihak di New York yang mendambakan agar program yang menjurus kepada amalan mulia ini dapat dilaksanakan di bandar raya tersebut termasuk beberapa buah bandar raya utama yang lain seperti Los Angeles, Albuquerque, New Mexico dan lain-lain.

Salah seorang ahli kumpulan pengait, Jackie Wood menjelaskan rasa cukup berbangga kerana berpeluang untuk membantu masyarakat melalui skarf yang telah beliau hasilkan.

“Ia jelas terasa sangat bermakna apabila berada di taman sambil berbual-bual dengan individu yang telah mengambil peluang untuk mendapatkan skarf yang diberikan secara percuma itu di mana usaha kami terasa seolah-olah sangat dihargai,” jelas Jackie Wood. – AP