Pemberigaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016

Pemberigaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Atas permintaan orang ramai, Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Bahagian Pencegahan Kebakaran sekali lagi telah mengadakan pemberigaan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 di Mes Pegawai, Tingkat 1, Dewan Serba Guna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat , hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai pemerintah cawangan-cawangan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketua bahagian penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pengurus perniagaan atau premis dari Daerah Brunei dan Muara dan juga Daerah Temburong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis berkenaan diadakan susulan majlis seumpamanya yang diadakan di seluruh negara, namun terdapat beberapa jabatan, syarikat swasta dan pengurus-pengurus kedai yang tidak berkesampaian untuk menghadiri pemberigaan tersebut pada ketika itu. Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa sesiapa yang ingin membeli buku warta kerajaan Fire Safety Order bolehlah mendapatkannya di Jabatan Percetakan, Lapangan Terbang Lama Berakas pada harga $5 senaskhah.

ARTIKEL YANG SAMA