Pemberontak bunuh lapan tentera di Paraguay

Pemberontak bunuh lapan tentera di Paraguay

ASUNCION, Paraguay, 28 Ogos – Suspek dari ahli sebuah kumpulan pemberontak yang kurang dikenali telah membunuh lapan tentera dalam serangan di utara Paraguay semalam, hanya beberapa hari selepas gerila dan pegawai-pegawai di Colombia mencapai perjanjian damai untuk menamatkan pemberontakan paling lama berlaku di Amerika Latin.

Menteri Dalam Negeri Paraguay, Francisco De Vargas melaporkan lima kematian pertama selepas serangan di Arroyito, sebuah bandar yang terletak kira-kira 305 batu (490 kilometer) dari Asuncion. Dr. Bernardo Jacquet, seorang doktor di Hospital Concepcion, terletak kira-kira 55 batu (90 kilometer) dari serangan itu berlaku berkata, angka kematian telah meningkat kepada lapan orang. Pihak berkuasa mengesyaki serangan itu dilakukan oleh kumpulan gerila Paraguay yang kurang terkenal dipanggil Tentera Rakyat Paraguay.

Federico Delfino, pendakwa negara terhadap usaha anti-penculikan, berkata, penyerang merampas lapan karbin M4, jaket kalis peluru dan barang-barang peribadi mangsa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA