Pemberontak janji hormati genjatan senjata

Pemberontak janji hormati genjatan senjata

MARIB, Yaman, 11 April (AFP) – Pasukan pemberontak dan yang setia dalam konflik Yaman berjanji akan menghormati gencatan senjata yang mana PBB menjadi perantaraannya yang berkuat kuasa pada waktu tengah malam, yang menambah keyakinan berhati-hati sebelum rundingan baru untuk mencapai perjanjian damai yang kekal.

Ketua turus pasukan yang menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi berkata “gencatan senjata berkuatkuasa” di sebalik pertempuran maut di rantau-rantau sekitar Sanaa sebelum had akhir pukul 9 malam semalam.

Konflik telah mengorbankan beribu-ribu orang, mengakibatkan 2.4 juta orang berpindah tempat dan melibatkan jiran-jiran, tetapi muncul harapan baru tentang bentuk terbaru gencatan senjata terbaru boleh membentuk asas perjanjian damai kekal yang mungkin dibentuk pada 18 April di Kuwait. Jeneral Mohamed Ali al-Makdashi berkata ‘kami akan menghormatinya, melainkan pemberontak Huthi mencabulinya.”

Tiga cubaan awal bagi pembentukan gencatan senjata gagal selepas kumpulan sekutu yang diketuai Saudi pada Mac tahun lalu mula melancarkan serangan udara untuk menyokong kerajaan Hadi dan mengusir Huthis Syiah yang menyerang bandar itu pada September 2014 sebelum mara ke rantau-rantau lain.

Seorang pejuang Yaman yang setia kepada Presiden Exiled Abedrabbo Mansour Hadi melihat asap yang berada jauh di kawasan Sirwah, di wilayah Marib Ahad lalu. – AFP
Seorang pejuang Yaman yang setia kepada Presiden Exiled Abedrabbo Mansour Hadi melihat asap yang berada jauh di kawasan Sirwah, di wilayah Marib Ahad lalu. – AFP

Kekacauan dan kesengsaraan sejak itu menguasai, dan para pejuang berani mati termasuklah Al-Qaeda yang digeruni di Semenanjung Arab (AQAP) telah mengambil kesempatan untuk merampas wilayah dan pengaruh, yang menambah dorongan kepada usaha damai antarabangsa.

Huthis yang disokong Iran, berserta dengan pasukan tentera bersekutu yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh telah menghantar surat kepada PBB yang komited dengan ‘penghentian operasi tentera darat, laut dan udara’ di seluruh Yaman, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Saba yang dikuasai pemberontak.

Menteri Luar Abdel Malek al-Mekhlafi berkata kerajaan Hadi juga memberi “jaminan kepada PBB yang akan mengekalkan gencatan senjata,” utusan khas PBB Ismail Quld Cheikh Ahmed menyambut baik gencatan senjata dan menyeru semua pihak supaya menghormatinya.

Berbanding dengan usaha gencatan senjata sebelumnya, sebilangan pemimpin Huthis mengadakan pertemuan dengan pasukan yang setia pada jawatankuasa bersama untuk memastikan kedua belah pihak mematuhi perjanjian gencatan senjata, jurucakap pasukan campuran Brigadier Jeneral Ahmed al-Assiri memberitahu AFP.