Pemberontak lancar serangan besar di Aleppo

Pemberontak lancar serangan besar di Aleppo

ALEPPO, Syria, 11 Julai – Para pejuang pembangkang telah melancarkan sera-ngan besar ke atas Aleppo antara daerah yang ditawan kerajaan hari ini, selepas rejim itu memutuskan laluan bekalan yang ada ke medan peperangan itu.

Serangan ke atas barisan berganda itu diiringi dengan pengeboman pemberontak ke sisi barat bandar tersebut, membunuh beberapa orang awam dan memusnahkan beberapa buah rumah.

Aleppo yang dulunya penjana ekonomi Syria, telah dilanda peperangan yang bermula dengan bantahan antikerajaan pada Mac 2011 dan telah membunuh lebih 280,000 orang.

Bandar itu telah terpisah antara kawalan kerajaan di barat dan kawalan pemberontak di timur sejak pertengahan 2012, dengan rejim sudah lama untuk memutuskan laluan bekalan penting Castello Road di pihak pembangkang.

Serangan pemberontak mula pada waktu subuh, menurut koresponden AFP, melaporkan pertempuran hebat antara rejim dan pasukan pembangkang di sepanjang barisan depan bandar utara.

Warga Syria melihat kerosakan di sebatang jalan di Kuarter Syriac yang ditawan rejim di bandar Aleppo utara Syria berikutan serangan roket oleh para pemberontak pada 11 Julai. - AFP
Warga Syria melihat kerosakan di sebatang jalan di Kuarter Syriac yang ditawan rejim di bandar Aleppo utara Syria berikutan serangan roket oleh para pemberontak pada 11 Julai. – AFP

“Puak pembangkang telah melancarkan serangan skala besar di keempat-empat barisan ke atas rejim dalam bandar Aleppo, termasuk Old City,” kata ketua Balai Cerap, Rami Abdel Rahman.

“Pada masa ini pertempuran hebat telah berlangsung, namun pihak pembangkang belum lagi mara disebabkan pengeboman udara yang rejim laksanakan di kawasan tempat pertempuran berlaku.”

Bedilan sebanyak 300 peluru meriam pemberontak telah ditembakkan ke barat Aleppo sejak subuh, membunuh sembilan orang awam, kata Balai Cerap.

Televisyen kerajaan mengatakan lapan orang awam telah terbunuh dan 80 lagi cedera dalam berbalas tembakan oleh ‘kumpulan pengganas di kediaman kejiranan bandar Aleppo’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA