Pemberontak Maois disyaki bunuh 7 orang

Pemberontak Maois disyaki bunuh 7 orang

NEW DELHI, 28 Jan – Pemberontak Maois yang disyaki menyerang sebuah konvoi polis di kawasan pendalaman terpencil timur India, membunuh lima anggota polis dan dua orang awam, kata polis hari ini.

Penyerang meledakkan periuk api yang kuat sebelum melepaskan tembakan ke atas konvoi, yang berada dalam operasi anti Maois di hutan negeri Jharkhand semalam.

“Tujuh orang maut dalam letupan periuk api semalam,’ pegawai polis, Nav Kumat Singh memberitahu AFP menerusi telefon dari daerah Palamu, 190 kilometer (120 batu) dari ibu negeri Ranchi.

“Lima adalah pegawai polis, seorang pemandu dan yang lain pengawal.’

Dia berkata enam lagi polis mengalami cedera dan operasi mencari sedang dijalankan.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam konflik itu yang meningkatkan pemberontak menentang pasukan keselamatan di kawasan pedalaman India.

Pemberontak, yang mendakwa berjuang bagi hak minority suku kaum yang miskin dan petani, melakukan pertempuran sejak berdekad lamanya di seluruh tengah dan timur negeri India untuk menggulingkan pihak berkuasa kerajaan.

Mereka menarik rekrut dari suku kaum yang ahlinya begitu miskin dan tinggal di kawasan-kawasan melarat yang diabaikan oleh kerajaan.

Pemberontak Maois telah meragut lebih 12,300 jiwa diantara 1999 dan 2014, menurut laman sesawang South Asia Terrorism Portal yang mengesan trend pemisah.

Mereka dipercayai hadir sekurang-kurangnya di 20 negeri India tetapi paling aktif dalam hutan, kawasan – kawasan yang kaya dengan sumber di negeri Chhattisgarh, Orissa, Bihar, Jharklhand dan Maharashtra. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA