Pemberontak Maoist culik empat pegawai polis

Pemberontak Maoist culik empat pegawai polis

RAIPUR, India, 14 Julai (AFP) – Pemberontak Maoist India telah menculik empat anggota polis di negeri Chhattisgarh, India lewat semalam selepas memintas sebuah bas penumpang, menurut pegawai keselamatan tertinggi.

Gerila berkenaan telah menghentikan bas yang mengangkut kakitangan keselamatan ketika ia melintasi perkampungan Kutru di daerah Bijapur, menurut pegawai polis kanan.

“Empat kakitangan polis telah diculik malam semalam oleh Maoist,” ketua pengarah polis, Amarnath Upadhyaya memberitahu AFP. “Sekumpulan Maoist memintas bas penumpang dan menculik mereka berhampiran Kutru,” tambahnya.

Ia terjadi di Kutru tempat kumpulan militia anti-Maoist yang berkontroversi digelar Salwa Judum memulakan operasinya pada 2005.

Upadhyaya mengatakan polis telah menjalankan pencarian di hutan kawasan itu berikutan penculikan tersebut namun sejauh ini belum lagi berjaya.

“Kami tidak ada maklumat sejauh ini. Namun kami sedang mengusahakannya,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA