Pemberontak Myanmar adakan perjumpaan

Pemberontak Myanmar adakan perjumpaan

MAI JA YANG, Myanmar, 27 Julai – Pemimpin–pemimpin tentera pemberontak Myanmar mengadakan perbincangan di sempadan yang dilanda pergolakan hari ini, media setempat melaporkan, ketika mereka bersedia bagi persidangan damai utama bersama kerajaan yang terdesak untuk menamatkan pemberontakan yang menyelubungi negara itu.

Myanmar dibelenggu selama setengah dekad pemberontakan etnik dalam peperangannya terhadap negeri-negeri sempadan yang kaya dengan sumber, yang telah mengakibatkan hilangnya berpuluh ribu jiwa atau hilang tempat tinggal.

Sebahagian kumpulan telah menandatangani gencatan senjata tetapi sebahagian pemberontak lain masih berjuang menentang tentera negara itu termasuk negeri utara, Kachin, di mana perbincangan hari ini diadakan.

Aung San Suu Kyi, aktivis demokrasi yang membawa kepada kerajaan awam pertama negara itu, berkata menamatkan pertempuran adalah penting jika Myanmar mahu bangkit dari debu pemerintahan junta.

Dia mahu untuk memulakan semula perbincangan damai dalam masa beberapa minggu.

Pemimpin-pemimpin tertinggi pemberontak Myanmar hari ini mengadakan mesyuarat bersama. – AFP
Pemimpin-pemimpin tertinggi pemberontak Myanmar hari ini mengadakan mesyuarat bersama. – AFP

Sidang minggu ini, yang diadakan di kota Kachin terjejas akibat beberapa tahun peperangan, menyatukan bersama “pemimpin yang mewakili 17 etnik kumpulan bersenjata untuk mencari alasan yang sama dalam tugasan bagi sistem federal bagi negara itu,” Global New Light of Myanmar yang dikendalikan negara itu melaporkan hari ini.

Perunding, kebanyakannya menggunakan pakaian tradisi, berhimpun dalam dewan di Mai Ja Yang, bandar yang diisikan oleh kem pemindahan yang bersempadan dengan China, juga menghantar wakil ke perbincangan itu.

Kedamaian adalah sukar untuk diperoleh.

Ketidakpercayaan terhadap tentera masih dalam dan kumpulan pemberontak sendiri berbelah bahagi dengan empat keluar dari perbincangan Mai Ja Yang pada minit akhir.

Konflik itu adalah sukar dan disukarkan lagi sebahagiannya oleh perdagangan haram dadah, pembalakan dan jed kebanyakannya dibawa menyeberangi sempadan ke China. Pemberontak menggunakan kutipan itu untuk membeli senjata.

Kerajaan yang disokong bekas tentera melancarkan dialog damai tetapi gagal untuk menyelamatkan gencatan senjata seluruh negara bersama semua kumpulan.

Suu Kyi berjanji bagi peringkat lebih besar bagi autonomi federal dalam usaha mendapatkan kedamaian, tetapi belum menyatakan bagaimana ia akan berkesan. – AFP