Pemberontak Syria lancar serangan atas ‘pelanggaran’

Pemberontak Syria lancar serangan atas ‘pelanggaran’

BEIRUT, 18 April (AFP) – Beberapa puak pembangkang utama Syria, hari ini telah melancarkan tindak balas ketenteraan dalam apa mereka dakwa adalah ‘pelanggaran’ perjanjian gencatan senjata rejim di negara yang dilanda perang itu.

“Selepas peningkatan pelanggaran oleh tentera rejim, termasuk mensasarkan pelarian dan pengeboman berterusan di kawasan perumahan, kami mengisytiharkan permulaan pertempuran dalam tindak balas,” menurut satu kenyataan yang ditandatangani oleh 10 kumpulan pemberontak bersenjata.

Gencatan senjata, yang diusahakan oleh Rusia dan Amerika Syarikat, telah menyaksikan keganasan yang ketara di seluruh Syria tetapi pertempuran baru-baru itu telah menyemarakkan lagi di beberapa kawasan, terutamanya di sekitar bandar kedua Aleppo.

Antara kumpulan yang menandatangani kenyataan pada hari ini ialah Jaish al-Islam, puak pemberontak yang paling berkuasa di Timur Ghouta, sebuah kubu kuat pembangkang timur Damsyik.

Seorang tokoh utama dalam Jaish al-Islam adalah Mohammed Alloush yang juga ketua perunding bagi badan pembangkang utama Syria, kini mengambil bahagian dalam rundingan damai PBB yang diusahakan di Geneva.

Alloush pada Ahad menggesa atas serangan terbaru terhadap tentera rejim, walaupun menghadapi gencatan senjata goyah.

“Jangan percaya kepada rejim dan jangan menunggu belas kasihan mereka,” katanya di Twitter. “Seranglah mereka pada leher mereka (membunuh mereka). Serang mereka dimana-mana.”

Juga antara penandatangan itu adalah Ahrar al-Sham, kumpulan pelampau yang kuat yang telah berjuang bersama anggota gabungan tempatan Al-Qaeda di sekitar Aleppo.