Pemberontak Syria mula tinggalkan Homs

Pemberontak Syria mula tinggalkan Homs

HOMS, Syria, 9 Dis – Beratus-ratus pemberontak dan orang awam Syria mula mengosongkan daerah terakhir yang ditawan pemberontak di bandar tengah Homs hari ini di bawah satu perjanjian gencatan senjata yang dicapai bersama rejim Presiden Bashar al-Assad.

Perjanjian itu dipersetujui pada awal Disember, dalam perjanjian luar biasa antara rejim dan pasukan pemberontak, akan meninggalkan bandar itu yang pernah digelar ‘bandar’ revolusi Syria yang sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan.

Kira-kira 2,000 pemberontak dan keluarga mereka akan meninggalkan daerah Homs, Waer dengan menuju ke kawasan lain yang dikawal pemberontak, selepas bertahun-tahun dikepung dan tragedi pengeboman berat.

Pemindahan itu muncul ketika pelbagai kumpulan pembangkang Syria, termasuk puak bersenjata, mengadakan rundingan yang tidak pernah berlaku dulu di bandar Saudi dengan membentuk barisan bersatu bagi rundingan damai bersama Assad.

Rundingan itu diikuti dengan tekanan diplomatik besar untuk menyelesaikan perang saudara lima tahun Syria, dan memperkukuhkan tindakan tentera asing termasuk serangan pertama Rusia dari sebuah kapal selam, kelmarin.

Pasukan kerajaan Syria mengiringi bas membawa pejuang pemberontak Syria ketika ratusan orang awam dan pasukan pemberontak mula mengosongkan daerah Waer yang ditawan pembangkang di tengah Homs. – AFP
Pasukan kerajaan Syria mengiringi bas membawa pejuang pemberontak Syria ketika ratusan orang awam dan pasukan pemberontak mula mengosongkan daerah Waer yang ditawan pembangkang di tengah Homs. – AFP

Seorang wartawan AFP di Homs mengatakan wanita dan kanak-kanak dengan senyap menaiki bas putih ketika pemindahan bermula awal hari ini. Kebanyakannya kelihatan lesu namun beberapa daripadanya tersenyum dan melambai serta memberikan isyarat ibu jari dari dalam bas.

Lebih 100 pejuang pembangkang, sebilangannya membawa senjata ringan, menaiki lima bas hijau lebih jauh.

Gabenor Wilayah Talal Barazi memberitahu para wartawan bahawa kira-kira 700 orang – termasuk 400 wanita dan kanak-kanak serta 300 pejuang – akan dipindahkan dari daerah itu hari ini, dengan lebih ramai lagi akan mengikuti jejak mereka pada hujung minggu.

Rami Abdel Rahman, ketua Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria, mengatakan bas itu sedang menuju ke wilayah Idlib, yang ditawan oleh perikatan pemberontak Army of Conquest yang termasuk Al-Nusra Front gabungan Al-Qaeda.

Di bawah perjanjian itu, pasukan pemberontak Waer, termasuk daripada pejuang sekular kepada kumpulan jihad militan Al-Nusra, sepenuhnya akan meninggalkan daerah itu pada penghujung Januari. – AFP