Pemberontak Syria serang kawasan rejim

Pemberontak Syria serang kawasan rejim

BEIRUT, 25 Jun (AFP)– Satu pakatan pemberontak, termasuk sekutu Al-Qaeda Syria iaitu Barisan Al-Nusra, menyerang kawasan yang dipegang kerajaan di bandar selatan Daraa hari ini, menurut satu kumpulan pemerhati.

Pakatan tersebut juga melibatkan kumpulan kuat Islam Ahrar al-Sham, mengebom kedudukan penyokong setia menggunakan mortar dan tembakan meriam, menurut Pusat Pemerhatian Hak Asasi Syria.

Pegawai agensi berita SANA Syria berkata “pengganas menyerang kawasan kejiranan bandar Daraa menggunakan peluru mortar dan bom kanister gas,” menambah terdapat laporan kemalangan jiwa.

“Kumpulan pengganas untuk menyerang beberapa kedudukan tentera di wilayah Daraa memusnahkan beberapa kenderaan dan membunuh puluhan pengganas,” menurut televisyen setempat.

Bagaimanapun tiada pertarungan di dalam bandar Daraa, bahagian yang sudah berada dalam kawalan pemberontak.

Sekitar 70 peratus wilayah Daraa di bawah kawalan kumpulan pemberontak yang telah membuat beberapa kemajuan di rantau tersebut dalam minggu-minggu kebelakangan.

Pada awal Jun, pemberontak dari gabungan Barisan Selatan merampas pangkalan Briged 52 dan maju ke sempadan di antara Daraa dan Sweida, sebahagian besar wilayah Druze ke arah timur yang di bawah kawalan rejim.