Pemberontak Taliban kuasai Kunduz

Pemberontak Taliban kuasai Kunduz

KABUL, 29 Sept – Para pemberontak Taliban telah menguasai Kunduz, bandar utara Afghan, kemenangan terbesar mereka sejak disingkirkan dari berkuasa pada tahun 2001 dan tamparan hebat kepada pasukan keselamatan negara yang telah dilatih oleh NATO.

Di sini kronologi peristiwa penting dalam kebangkitan pergerakan fundamentalis.

Pasukan tentera Afghanistan bertempur dengan para pejuang Taliban di Kunduz hari nii ketika kerajaan melancarkan operasi itu menawan semula tengah bandar utara, bandar wilayah pertama yang jatuh ke tangan para pemberontak sejak pergerakan mereka ditumpaskan 14 tahun lalu.

Pemimpin baru Taliban, Mullah Akhtar Mansour, meraikan penawanan Kunduz oleh militan Islam dengan mengatakan dalam kenyataan bahawa para penduduk tidak merasa takut.

Pasukan tentera khas Afghanistan tiba di lapangan terbang untuk melancarkan serangan balas untuk mengambil alih kembali penaklukkan bandar daripada pemberontak taliban di Kunduz. – AFP
Pasukan tentera khas Afghanistan tiba di lapangan terbang untuk melancarkan serangan balas untuk mengambil alih kembali penaklukkan bandar daripada pemberontak taliban di Kunduz. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA