Pemberontak tuduh tentera cabul gencatan senjata

Pemberontak tuduh tentera cabul gencatan senjata

ADDIS ABABA, 30 Ogos (AFP) – Pemberontak Selatan Sudan hari ini menuduh tentera mencabul gencatan senjata, beberapa jam selepas ia berkuat kuasa, dengan mengebom kedudukan mereka di sepanjang sungai Nile Putih.

“Konvoi tentera – dua baj, tujuh bot senjata – telah bergerak dari Bor ke Panijar. Bila saja mereka melihat kedudukan kami di tebing, mereka tembak,” kata jurucakap pemberontak, Dickson Gatluak.

“Penghentian permusuhan bermula tengah malam semalam namun kerajaan telah mengingkarinya. Mereka tidak komited ke atasnya,” tambahnya.

Jurucakap menambah pemberontak akan melaporkan situasi berkenaan kepada blok IGAD lapan negara serantau yang membantu membroker pakatan itu pada Isnin.

Sama ada kerajaan Selatan Sudan mahupun tentera tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Presiden Salva Kiir pada Rabu telah menandatangani persetujuan perdamaian, yang sudah ditandatangani oleh ketua pemberontak, Riek Machar.

Gencatan senjata itu bertujuan untuk menamatkan perang saudara yang kejam di Selatan Sudan yang berkuat kuasa pada malam Sabtu beberapa jam selepas pertempuran baru antara pasukan kerajaan dan pemberontak, yang mencetuskan kebimbangan bagi perjanjian keamanan yang sukar dicapai.