Pemberontak umum pilihan raya Oktober depan

Pemberontak umum pilihan raya Oktober depan

KIEV, 3 Julai (AFP) – Pemberontak pro-Rusia utama semalam mengumumkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya tempatan pada Oktober yang akan mengukuhkan lagi status separuh autonomi kumpulan pemisah dalam lingkungan Ukraine.

Alexander Zakharchenko berkata pengundian pada 18 Oktober akan dijalankan “berasaskan undang-undang Ukraine…dalam mana-mana bahagian di mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang” Republik Rakyat Donetsk.

Pemberontak di timur Ukraine dan Kiev tidak bersetuju mengenai pelaksanaan rundingan damai yang dimeterai dengan bantuan Jerman dan Perancis pada Februari yang bertujuan menamatkan peperangan selama 15 bulan di negara bekas Soviet berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA