Pemberontak Yaman bebas 9 rakyat Saudi

Pemberontak Yaman bebas 9 rakyat Saudi

RIYADH, 28 Mac (AFP) – Para pemberontak Syiah yang menguasai bandar Yaman, Sanaa telah membebaskan sembilan orang warga Arab Saudi dalam pertukaran bagi 109 warga Yaman, menurut pasukan bersekutu yang diketuai Arab Saudi yang menentang mereka berkata semalam, sebelum rundingan damai yang dirancangkan bulan depan.

“Sembilan tahanan Arab Saudi telah ditemui dan 109 warga Yaman yang telah diberkas dalam zon operasi tentera ‘berhampiran sempadan telah diserahkan, menurut pasukan bersekutu berkata dalam satu kenyataan.

Pertukaran tahanan adalah langkah terbaru yang membina keyakinan sebelum gencatan senjata yang dirancangkan dan juga rundingan damai bulan depan. Kenyataan pasukan bersekutu itu tidak menyatakan sama ada pertukaran tahanan adalah penempur atau orang awam.

Utusan PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed mengumumkan minggu lalu bahawa para penempur telah bersetuju dengan gencatan senjata dari tengah malam 10 April, dan diikuti dengan rundingan damai di Kuwait pada 18 April.

Rundingan sebelumnya telah gagal dan beberapa gencatan senjata tidak pernah dihormati dalam tahun itu sejak pasukan bersekutu yang diketuai Arab Saudi memulakan serangan udara dalam menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

Tetapi atmosfera yang lebih sesuai mengatasi sebelum pusingan baru rundingan yang dirancangkan. Usaha perantaraan oleh para pemimpin suku kaum awal bulan ini telah membawa kepada pertukaran seorang tentera Saudi bagi tujuh warga Yaman yang ditahan oleh pihak berkuasa Saudi di sempadan.

Lebih 90 orang terbunuh di pihak Saudi di sempadan oleh bedilan dan dalam pertempuran kecil dalam tempoh tahun lalu.