Pembersih baharu mampu hapuskan patogen pada permukaan makanan

Pembersih baharu mampu hapuskan patogen pada permukaan makanan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) – Sebuah syarikat tempatan mendakwa pembersih udara syarikatnya yang menggunakan teknologi ozon pembasmian kuman revolusioner, mampu membunuh bakteria, virus, kulat dan patogen lain dari permukaan sayur sayuran, buah-buahan, daging dan ayam.

‘Vegetable Kent and Fruit Purifier’ itu menghasilkan gas ozon reaktif yang mengoksida kesan racun perosak, racun serangga dan bahan kimia berbahaya ladang, kata pengedar tunggalnya Azhar Zain dari Aqua Kent RO Malaysia, kepada Bernama.

Alat ini juga dikatakan boleh membersihkan antibiotik dan hormon daripada daging, ayam dan makanan laut dan hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan memandangkan ia menggunakan oksigen daripada persekitaran untuk menghasilkan ozon, katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa semua makanan yang menggunakan teknologi peranti ini akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan selamat daripada pencemaran.

Produk ini yang dijual pada RM369 satu unit, boleh diletakkan di atas meja atau dipasang pada dinding dapur.

Azhar berkata syarikat itu menjangkakan permintaan yang besar ke atas produk bersama-sama pembersih air dan udara, sambil menggalakkan suri rumah, pelajar, pesara dan pengusaha jualan langsung memasarkan produk itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghantar e-mel ke inquiry@aquakentro.com.my.

ARTIKEL YANG SAMA