Pembersih kena denda $500

Pembersih kena denda $500

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160830_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Seorang pembersih warga Filipina dijatuhi denda $500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan secara tidak jujur melesapkan harta milik orang lain.

Renante Espandi Bonalos, 26, berdepan dakwaan melesapkan dompet yang mengandungi wang AU$160; AS$10; RM$27; gambar seorang budak perempuan; satu kad debit dan kad Clipper Direct pada 23 Ogos 2016.

Pegawai Pendakwa Raya, Mohd Qamarul Affyian bin Abdul Rahman terdahulu mengemukakan pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Fakta kes menyebut, tertuduh menemui dompet tersebut di lantai sebuah bank di Beribi ketika hendak mengosongkan tong sampah di kaunter 5, di mana dia kemudiannya membungkus dompet itu dalam beg plastik dan menyimpannya di kawasan tong sampah di luar bangunan.

Dia membawa dompet itu balik ke kediamannya dan menyembunyikannya di bawah alat penghawa dingin di dalam biliknya.

Perbuatan tertuduh bagaimanapun telah dirakam oleh CCTV, dan polis telah menemui semula dompet itu berserta kandungannya.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani penjara selama dua minggu jika gagal membayar denda itu.

ARTIKEL YANG SAMA