Pembesaran Masjidil Haram diteruskan

Pembesaran Masjidil Haram diteruskan

MAKKAH, 27 Julai (Agensi) – Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci semalam menutup pintu masuk Raja Abdul Aziz di Masjidil Haram bagi meneruskan fasa ketiga projek pembesaran kawasan tawaf.

Fasa itu, termasuk pembinaan permukaan bahagian selatan masjid berkenaan untuk menghubungkannya dengan kawasan saie.

Ketua Pengarah projek Sultan Al-Qarshi dipetik sebagai berkata, kerja itu akan diteruskan hingga pertengahan bulan depan dan akan dilakukan 24 jam sehari bagi membolehkan sebahagiannya siap menjelang musim haji.

Apabila siap kelak, ia akan memudahkan jemaah melakukan tawaf.

Raja Salman baru-baru ini melancarkan lima projek untuk membesarkan Masjidil Haram yang kini memasuki fasa ketiga.

Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian bagi memudahkan para jemaah. – Reuters
Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian bagi memudahkan para jemaah. – Reuters

Pintu masuk utama bangunan masjid itu terdiri daripada tiga laluan masuk. Ia juga mempunyai tiga tingkat dengan keluasan lantai 320,000 meter persegi bagi memuatkan 300,000 jemaah.

Aras bawah yang seluas 175,000 meter persegi pula mampu memuatkan 330,000 jemaah.

Projek pembesaran Masjidil Haram turut menyaksikan pembinaan lima terowong pejalan kaki.

Apabila siap sepenuhnya, Masjidil Haram mampu menampung lebih 1.6 juta jemaah pada bila-bila masa dengan 78 laluan masuk mengeliling masjid berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA