Pembinaan paip besar siap tahun ini

Pembinaan paip besar siap tahun ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

pg01_160316_MMN_LogoBANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Projek pembinaan paip-paip besar melalui jalan pantai dijangka siap pada akhir tahun ini dalam usaha untuk mengurangkan permasalahan tekanan air rendah di negara ini.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah menjelaskan, kawasan perumahan Meragang merupakan terminal bagi saluran paip bagi negara ini dan kawasan ini mengalami kawasan air yang paling teruk terjejas.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Air telah bekerja keras dengan menyediakan tangki-tangki dan perkhidmatan penghantaran air.

Beliau menekankan perkara ini semasa menjawab soalan Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim mengenai masalah tekanan air rendah di kawasan Meragang.

Pada sesi petang hari kelapan sesi Mesyuarat Pertama bagi Musim Permesyuaratan ke-12 Majlis Mesyuarat Negara, hari ini, Yang Berhormat Dato Haji Bahrin turut mengulas mengenai isu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman.

Menurutnya, pada masa ini, Kementerian Pembangunan telah memperkenalkan kaedah pendekatan pelan 90 hari yang mana isu-isu yang diperbaiki adalah dikenal pasti dan dipantau proses pembaikannya sehingga selesai dan dengan pemilikan ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua bahagian akan dapat membantu isu-isu memenuhi TPOR ini dengan lebih baik.

Mengenai isu jalan raya pula, Menteri Pembangunan berkata, jalan raya di Negara Brunei Darussalam diakui sebagai baik atau melebihi purata dan kurang daripada 50 peratus memerlukan pembaikan.

Keadaan jalan-jalan raya yang dikategorikan sebagai ‘poor’ itu dihasratkan untuk diperbaiki.

ARTIKEL YANG SAMA