Pembinaan perkampungan Olimpik bermula

Pembinaan perkampungan Olimpik bermula

SEOUL, 22 Sept (Reuters) – Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 (POCOG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah sempena pelancaran pembinaan Perkampungan Atlet.

Gunilla Lindberg, yang mempengerusikan penyelaras Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Asia pertama di luar Jepun, berkata beliau yakin POCOG akan memastikan semua kemudahan yang disediakan adalah berkualiti tinggi.

Lindberg dan Presiden POCOG, Cho Yang-ho adalah di antara mereka yang menghadiri majlsi berkenaan. Kerja-kerja pembinaan dijangka selesai pada 2017 dan akan menempatkan kira-kira 3,500 atlet yang berhimpun di perkampungan berkenaan.

“Perkampungan Olimpik adalah jantung kepada Sukan Olimpik,” kata Lindberg dalam satu kenyataan. “Ia adalah tempat yang istimewa di mana para atlet dari seluruh dunia berkumpul untuk bertanding dalam suasana aman dan harmoni di bawah nilai-nilai Olimpik.

“Saya yakin bahawa perkampungan ini menjadi tempat yang terbaik bagi para atlet dan saya tahun Presiden Cho dan pasukannya akan berusaha sedaya mungkin menyediakan khidmat yang terbaik kepada para atlet Olimpik yang menghuni di sini pada 2018.”

Jawatankuasa penyelaras bermesyuarat di Pyeongchang bagi kali kelima untuk mengakses kemajuan dalam persediaan penganjuran sukan berprestij tersebut.

Prihatin mengenai kos dan tertangguhnya pembinaan meningkatkan spekulasi awal tahun ini bahawa sebahagian acara mungkin terpaksa diadakan dipindahkan dari Pyeongchang, malah mungkin ke Jepun.

Bagaimanapun, keprihatinan itu berkurangan dan syarikat-syarikat besar Korea Selatan seperti Samsung, Korean Air dan LG sudah bersetuju untuk menyalurkan dana bagi menyokong Sukan Olimpik itu di Pyeongchang, kira-kira 180 kilometer di timur ibu negara Seoul.