Pembinaan semula rumah masih tertangguh

Pembinaan semula rumah masih tertangguh

KATHMANDU, 25 Sept (AFP) – Beratus ribu mangsa gempa bumi di Nepal tidak dapat memulakan pembinaan semula rumah mereka tatkala musim sejuk menjelang disebabkan dana pembinaan semula berjumlah $4.1 bilion tidak boleh dibelanjakan sehingga penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang yang lama tertangguh, yang mengecewakan penderma antarabangsa.

Lima bulan selepas gempa bumi teruk yang membunuh hampir 9,000 orang dan memusnahkan setengah juta rumah, kebanyakan orang tidak menerima bantuan selain daripada bayaran AS$150 untuk setiap keluarga.

Mangsa yang kehilangan rumah mereka dijanjikan AS$2,000 dalam bayaran pampasan, tetapi lelaki yang bertanggungjawab dalam mengagih wang berkenaan berkata tangannya adalah terikat sehingga Wakil Rakyat meluluskan rang undang-undang yang memberikan status sah kepada Pihak Berkuasa Pembinaan Semula Nasional (NRA) baru yang diketuainya.

Ia nampaknya tidak mungkin berlaku pada bila-bila masa sekarang. Ketua eksekutif yang baru dilantik oleh Pihak Berkuasa Govind Raj Pokharel berkata walaupun jika tidak adanya penangguhan seterusnya,ia akan mengambil beberapa minggu sebelum rang dapat diluluskan.

ARTIKEL YANG SAMA