Pembocor rahsia doping tidak menyesal

Pembocor rahsia doping tidak menyesal

LONDON, 30 Nov (Reuters) – Pasangan suami dan isteri yang mendedahkan mengenai doping dalam atletik Rusia berkata mereka tidak kesal untuk bercakap dan mendedahkan penipuan biarpun didakwa mengkhianati negara mereka sendiri.

Yulia Stepnova, pelari antarabangsa yang juga digantung kerana kesalahan dadah, dan suaminya, Vitaly, bekas pegawai agensi anti dadah Rusia, secara rahsia merakamkan jurulatih dan atlet Rusia selama hampir dua tahun menggambarkan bagaimana mereka menggunakan dadah meningkatkan prestasi mereka.

Bukti mereka membentuk sebahagian besar penyiasatan yang membawa kepada atlet-atlet Rusia digantung dari persaingan antarabangsa bulan ini, tetapi menghadapi risiko peribadi.

Kedua-duanya dikritik teruk di negara mereka dan menghabiskan masa selama setahun di luar negara tetapi berkata pengorbanan itu jelas berbaloi.

Yulia Stepnova. – Agensi
Yulia Stepnova. – Agensi

“Dalam keadaan saya percaya sesuatu yang saya rasakan betul, dan saya mencuba,” Vitaly memberitahu akhbar Sunday Times di Britain.

“Anda boleh mendapatkan nilai-nilai palsu, naluri haiwan atau anda boleh menjadi manusia. “Kerana jika tahun ini membuktikan sesuatu, ia adalah sukan yang bergerak dengan orang yang salah.”

Stepanovas kali pertama mendapatkan peranan pendedahan pada tahun lepas apabila mereka menjadi saksi dalam dokumentari televisyen yang mendakwa rasuah yang tersebar luat dan pengambilan dadah di kalangan atlet Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA