Pembuat tanglung di Taiwan terap evolusi hijau

TAIWAN – Sebagai seorang penduduk Taiwan dan meraikan pesta perayaan tanglung pada minggu lepas, seorang tukang mesra alam pembuat tanglung telah memecahkan satu budaya tradisi. Pembuat tanglung, Lin Chow Chin adalah antara aktivis yang bergiat aktif di pulau itu untuk mengamalkan dan memanfaatkan sumber hijau. Aktivis itu telah mewujudkan lampu mampan yang telah menukar apa saja yang ada di atas meja termasuk pasu bunga untuk dijadikan tanglung.

Setiap tahun, sebuah replika yang besar dan mempunyai tenaga elektrik telah dipamerkan di bandar-bandar utama di Taiwan malah kelihatan kanak-akan akan membawa tanglung sendiri yang kelihatan lebih kecil bagi memeriahkan lagi pesta tanglung yang telah diadakan minggu lepas. Ruang udara Taiwan telah dihiasi dengan pelbagai bentuk tanglung dan terapung untuk menandakan berakhirnya sambutan selama dua minggu Tahun Baru Cina. Pada aktivis alam sekitar mengatakan bahawa kebanyakan lampu tanglung yang telah digunakan tidak dikitar semula dengan betul dan terkumpul sebagai sampah, manakala bateri di dalamnya mengandungi bahan kimia berbahaya dan mendorong kepada pencemaran udara dan sebagainya.

Lin berharap untuk dapat membantu memerangi masalah ini dengan mewujudkan lampu di mana para pemilik akan dapat menyimpannya kembali setelah digunakan bukannya dibuang. Lin telah melakukan beberapa penyelidikan dengan menjadikan tanglung ini mudah malah Lin percaya bahawa ciptaannya itu berpotensi untuk dieksport sebagai satu perniagaan. Namun Lin berputus asa kerana impian untuk merealisasikan usaha itu memerlukan kerja pos yang mencabar dan perlu stabil.

Selepas sahaja bersara daripada pekerjaan pada tujuh tahun yang lalu, Lin terus bersemangat untuk membuat sesuatu yang baru dengan satu sentuhan yang baru. “Saya tidak mahu melihat tanglung-tanglung menjadi satu seni pudar dan saya mahu ia menjadi satu aspek kreatif yang terkenal serta mesra alam sekitar. Secara praktikal, saya merayu kepada warga muda untuk memanfaatkan sumber hijau demi menjaga kesejahteraan Taiwan dan dunia,” tambah Lin lagi kepada wartawan AFP. Tanglung yang dihasilkan oleh Lin terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan ukuran malah beberapa tanglung menggunakan kertas kitar semula, daun dan serat tumbuh-tumbuhan.

Matlamat utama beliau adalah untuk membuat mereka boleh digunakan semula. Lin telah mempatenkan penyumbat botol plastik yang boleh dialihkan dengan menghubungkannya kepada mentol cahaya di dalam bekas lampu. Apabila mentol itu dibawa keluar, pengguna boleh menyambungkan penyumbat untuk menjadi botol air dan dikitar semula bekas lampu sebagai pasu.

Tanglung yang dihasilkan oleh Lin terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan ukuran malah beberapa lagi menggunakan kertas kitar semula, daun dan serat tumbuh-tumbuhan. – AFP
Tanglung yang dihasilkan oleh Lin terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan ukuran malah beberapa lagi menggunakan kertas kitar semula, daun dan serat tumbuh-tumbuhan. – AFP

Sebahagian daripada bingkai tanglung diperbuat daripada kadbod cut-out yang dipasang oleh Lin malah Lin berkata bahawa pembuatan tanglung ini begitu terkenal di kalangan para pelajar kerana mereka boleh menggunakannya sebagai pemasang pen dan alat ganti yang boleh dimodelkan ke dalam ukiran serta alat untuk pemegang kad perniagaan. Perusahaan Lin masih lagi berskala kecil dan Lin melakukan perniagaan itu dirumah beliau sendiri dan telah menjual kira-kira 800 tanglung dari tahun lepas sehingga kini.

Namun kepentingan beliau dalam seni itu telah tersohor di seluruh Taiwan dan Lin sering kali mengadakan bengkel membuat tanglung hijau malah kebanyakan hasil beliau telah dipamerkan di Hong Kong dan juga tanah besar, China. “Ia sebenarnya memberikan saya satu ganjaran untuk melihat sendiri potensi pelajar saya untuk meneruskan cita-cita saya dan datang dengan idea mereka sendiri untuk mempelbagaikan lagi tanglung secara hijau,” tambah Lin lagi kepada wartawan AFP.

Mobilisasi Mass

Beberapa kempen telah mengatakan bahawa mereka tidak mahu melihat perayaan tanglung hilang begitu saja hanya untuk memperbaiki keadaan alam sekitar. Liu Jyh Jian, naib pengarah Kesatuan Taiwan Perlindungan Alam Sekitar berkata bahawa tumpuan harus diberikan kepada isi kandungan bukan ukuran saiz objek daripada perayaan itu.

Pembuat tanglung, Lin Chow Chin adalah antara aktivis yang bergiat aktif di pulau itu untuk mengamalkan dan memanfaatkan sumber hijau. – AFP
Pembuat tanglung, Lin Chow Chin adalah antara aktivis yang bergiat aktif di pulau itu untuk mengamalkan dan memanfaatkan sumber hijau. – AFP
Matlamat utama beliau adalah untuk membuat mereka boleh digunakan semula. – AFP
Matlamat utama beliau adalah untuk membuat mereka boleh digunakan semula. – AFP

Biro Pelancongan Taiwan, yang telah menaja perayaan tanglung terbesar di pulau itu telah menampilkan satu lampu elektrik yang besar dalam pelbagai bentuk haiwan zodiak Cina malah penciptaan lampu terbesar menjadi satu ‘Adaptasi’ setiap kali perayaan tanglung diadakan di negara itu malah turut dibuat oleh sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan Taiwan. Pihak berkuasa alam sekitar juga menggesa orang ramai untuk mengitar semula bateri yang digunakan dan tahun lepas, dianggarkan sebanyak 3.79 tan sisa sampah telah di kumpul di pulau itu.

Kawasan pergunungan bandar Pingshi di Utara Taiwan adalah antara barisan hadapan dan aktif kempen hijau di negara itu. Kumpulan pendaki khas telah menuju ke kawasan bukit itu untuk mengutip kembali beribu-ribu tanglung yang dilepaskan ke langit kemudian jatuh ke bumi terapung. Pihak berkuasa di sana juga menawarkan wang tunai atau hadiah kecil sebagai ganjaran bagi bekas-bekas tanglung itu untuk di kitar semula.

Hu Min Shu, seorang veteran pembuat tanglung yang turut menggunakan bahan-bahan kitar semula dan ketua persatuan mempromosikan kraf dalam Pingshi berkata bahawa 90 peratus daripada tanglung yang digunakan kini dapat di kitar semula di sana. “Sudah tentu, kami berharap untuk mencapai kadar kita semula 100 peratus khususnya di pulau ini, itu yang kami inginkan,” tambah Hu mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP