Pembuat topeng gembira membuat wajah Trump di Jepun

Pembuat topeng gembira membuat wajah Trump di Jepun

SAITAMA – Sementara seluruh dunia sedang menanti aksi dan tindakan yang dilakukan dibawah kuasa Presiden baru di Amerika Syarikat, Donald Trump di seluruh dunia. Namun sebuah kilang di Jepun merasa gembira dan tersenyum dengan lebar. Apakah sebabnya?

Sebuah kilang yang dikenali sebagai Ogawa Studio, satu-satunya kilang pembuat topeng getah di Jepun sedang bekerja keras untuk menyelesaikan tempahan orang ramai yang ingin mendapatkan topeng Donald Trump semenjak kejayaan tokoh itu di meja undian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat seterusnya. Kemenangan tokoh itu memberikan kesan yang mendalam ke atas kilang tersebut.

Seramai 23 pekerja kilang sedang melakukan kerja mereka di Saitama, di salah sebuah bandar di Tokyo di kawasan Timur Jepun. Pekerja-pekerja itu sedang bekerja keras menyelesaikan sebanyak 350 tempahan topeng tokoh itu. “Semenjak kemenangan tokoh itu, tempahan kami semakin meningkat dan sekarang kilang kami semakin sibuk setiap hari menyelesaikan tempahan yang diterima,” kata Takahiro Yagihara kepada wartawan AP.

Pelbagai jenis topeng

Kilang tersebut juga menghasilkan beberapa topeng wakil Demokratik, Hillary Clinton walaupun tokoh itu tidak memenangi calon presiden Amerika Syarikat seterusnya. Malah kilang tersebut turut mencipta beberapa topeng daripada ikon terkemuka seperti Barack Obama dan beberapa artis-artis terkenal Jepun dan ahli-ahli politik terkenal di negara itu.

Sebuah kilang yang dikenali sebagai Ogawa Studio, satu-satunya kilang pembuat topeng getah di Jepun sedang bekerja keras untuk menyelesaikan tempahan orang ramai yang ingin mendapatkan topeng Donald Trump. – AP
Sebuah kilang yang dikenali sebagai Ogawa Studio, satu-satunya kilang pembuat topeng getah di Jepun sedang bekerja keras untuk menyelesaikan tempahan orang ramai yang ingin mendapatkan topeng Donald Trump. – AP

Topeng yang serasi dengan wajah Donald Trump itu mempunyai ekspresi dan warna rambut yang sama. Topeng itu pada mulanya di sembur dengan warna semula jadi yang sama dengan warna kulit tokoh itu dan beralih kepada rambutnya. Selepas itu, para pekerja menggunakan tangan untuk melukis corak yang menyamai dengan wajah tokoh itu agar kesamaan ketara dengan yang betul.

“kebanyakan pelanggan menggunakan topeng itu untuk acara-acara berkumpulan atau untuk berhibur bersama dengan kawan-kawan dan keluarga. Harga topeng ini dianggarkan dalam AS$22 satu dan boleh didapatkan di kebanyakan kedai-kedai permainan di Jepun,” kata Yagihara mengakhiri temu ramah. – AP