Pembubaran ahli MMN

Pembubaran ahli MMN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat hari ini memaklumkan bahawa Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang dilantik telah pun dibubarkan mulai Sabtu, 6 Ogos 2016 mengikut Pemasyhuran Pembubaran Majlis Mesyuarat Negara di bawah Fasal (1) Perkara 55 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.