Pembudayaan cara hidup yang sihat

Pembudayaan cara hidup yang sihat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Dalam membudayakan cara hidup yang sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan, Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Amal Minum Petang dengan tema “Belaian Kasih Kesihatan: Terbaik Untuk Cara Hidup Berkualiti”.

Majlis yang berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman selaku tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin selaku pengerusi majlis sebelum mengalu-alukan tetamu kehormat untuk acara memotong kek sempena 25 tahun penubuhan PSW di pentas utama.

Datin Paduka Hajah Adina memotong kek sempena 25 tahun penubuhan PSW.
Datin Paduka Hajah Adina memotong kek sempena 25 tahun penubuhan PSW.
Datin Paduka Hajah Adina menyampaikan sijil kepada salah seorang penaja pada Majlis Amal Minum Petang.
Datin Paduka Hajah Adina menyampaikan sijil kepada salah seorang penaja pada Majlis Amal Minum Petang.
Ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita.
Ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita.
Antara artis tempatan menghiburkan tetamu.
Antara artis tempatan menghiburkan tetamu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara para tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Antara para tetamu yang hadir di majlis tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut kenyataan PSW, salah satu daripada objektif perkumpulan amal berkenaan adalah untuk melancarkan kempen pemakanan sihat bagi keluarga dengan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai cara hidup sihat, selain menjadi platform bagi memastikan aspek kesihatan sentiasa menjadi agenda utama.

Dengan penyampaian maklumat mengenai kempen ini, para jemputan juga akan dapat menimba pengetahuan mengenai pemakanan sihat, di samping berhibur bersama barisan artis tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA