Pembukaan semula sebahagian lebuh raya lama ‘Seria Bypass’

Pembukaan semula sebahagian lebuh raya lama ‘Seria Bypass’

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai bahawa sebahagian lagi jalan lebuh raya lama ‘Seria Bypass’ yang menghala ke Bandar Seri Begawan iaitu bermula dari persimpangan Seria sehingga persimpangan Anduki telah pun siap dinaiktarafkan dan akan dibuka semula pada 19 Februari ini.

JKR, dalam kenyataannya, menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju, papan-papan tanda arahan serta lampu isyarat yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya Negara Brunei Darussalam dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA