Pembukaan Tadarus Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Pembukaan Tadarus Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam kerana ianya adalah bulan yang mulia dan penuh berkah, sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini, majlis pembukaan tadarus telah berlangsung di kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Dato Paduka Haji Abdul Mokti, diikuti dengan Tadarus Al-Quran beramai-ramai.

Kemudian bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dibacakan oleh Imam Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang, Haji Jopri bin Haji Abidin.

Majlis khatam akan diadakan esok 27 Jun bertempat di rumah kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Semasa majlis tersebut diadakan.
Semasa majlis tersebut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA