Pembukaan Tirai ASG7, Peluang Tingkatkan Potensi Atlet

Pembukaan Tirai ASG7, Peluang Tingkatkan Potensi Atlet

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

NEGARA BRUNEI DARUSALAM buat julung-julung kalinya telah menjadi tuan rumah bagi Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali Ke-7 (ASG7) tahun ini, di mana ASG7 akan dapat meningkatkan kemahiran dan profesionalisme bagi para pelajar-pelajar dan juga atlet muda tempatan.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman berkata, ASG7 adalah sukan yang boleh dinikmati bukan sahaja sebagai hiburan malah sebagai industri global yang mampu menawarkan prospek profesional dan ekonomi.

Berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi ASG7 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Yang Berhormat Pehin berkata, Brunei akan sentiasa berusaha untuk menjadikan ASG7 sebagai platform yang sentiasa dikenang untuk merealisasikan moto ASEAN iaitu ‘One Vision, One Identitiy, One Community’.

“Saya percaya ASG7 mempunyai potensi yang besar untuk berkhidmat sebagai wadah dalam memupuk semua nilai-nilai utama dan yang diraikan oleh semua peserta dan negara-negara mereka.”

Ini juga, jelas Yang Berhormat Pehin, sejajar dengan Dasar Sukan Negara Brunei untuk terus menghasilkan dan memupuk atlet muda supaya mereka dapat meningkatkan potensi mereka ke tahap atlet yang elit atau lebih tinggi serta mampu mewakili negara dalam sukan serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Pehin hadir di Majlis Pembukaan Rasmi ASG7.
Yang Berhormat Pehin hadir di Majlis Pembukaan Rasmi ASG7.

pgm8_151123_b

pgm8_151123_c

Kementerian Pelancongan dan Sukan, Negara Thailand selaku Pengerusi Majlis ASSC, Encik Pongpanu Svetarunda.
Kementerian Pelancongan dan Sukan, Negara Thailand selaku Pengerusi Majlis ASSC, Encik Pongpanu Svetarunda.
Ketua Pengarah Pendidikan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Haji Abdul Rahim, ketika memberikan ucapan.
Ketua Pengarah Pendidikan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Haji Abdul Rahim, ketika memberikan ucapan.

 

Menteri Pendidikan ketika menyempurnakan pembukaan rasmi.
Menteri Pendidikan ketika menyempurnakan pembukaan rasmi.
Yang Berhormat Pehin ketika diperkenalkan kepada ketua kontinjen dan menyampaikan cenderamata.
Yang Berhormat Pehin ketika diperkenalkan kepada ketua kontinjen dan menyampaikan cenderamata.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Haji Abdul Rahim bin Derus, dalam ucapannya menjelaskan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN adalah merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah ASEAN (ASSC).

Tahun ini seramai 621 atlet daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah di bawah 18 tahun, mewakili lapan buah negara ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menyertainya.

Menurut beliau, sebanyak tujuh jenis sukan akan dipertandingkan iaitu olahraga, badminton, sepak takraw, renang, golf, bola jaring dan pencak silat.

Melalui pertandingan ini, beliau berharap agar para atlet muda akan dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan cara yang adil dan bersifat kesukanan.

Di samping itu, para atlet juga digalakkan untuk memperkenalkan diri mereka di antara satu dengan yang lain sambil bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman mereka sepanjang ASG7 ini diadakan.

Majlis perasmian dimulakan dengan perbarisan lalu para atlet ASG7 dengan diiringi Pasukan Pancaragam Kadet Polis Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan Pasukan Kadet Tentera yang membawa bendera ASG7, bendera ASSC dan bendera negara-negara peserta.

Perbarisan lalu masuk para atlet ASG7.
Perbarisan lalu masuk para atlet ASG7.

pgm8_151123_i

pgm8_151123_j

pgm8_151123_k

Ikrar sukan telah dibacakan oleh atlet olahraga Negara Brunei Darussalam, Awang Mohd Ammar Safwan.
Ikrar sukan telah dibacakan oleh atlet olahraga Negara Brunei Darussalam, Awang Mohd Ammar Safwan.

Majlis turut menyaksikan upacara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam serta nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan disusuli dengan ucapan daripada Setiausaha Tetap di Kementerian Pelancongan dan Sukan, Negara Thailand selaku Pengerusi Majlis ASSC, Encik Pongpanu Svetarunda.

Di majlis itu juga, Yang Berhormat Pehin telah diperkenalkan kepada ketua-ketua kontinjen bagi setiap negara dan menyampaikan cenderamata. Ikrar sukan pula telah dibacakan oleh atlet olahraga Negara Brunei Darussalam, Awang Mohd Ammar Safwan bin Haji Saidin.

Majlis pembukaan rasmi turut diserikan lagi dengan persembahan ‘Tarian Kayum O Ya Kayum’ dan ‘Cemerlang di Pesta Sukan’ oleh 200 orang pelajar sekolah menengah, dan sekolah rendah serta persembahan ‘Human LED’.

Kejohanan ASG7 ini berlangsung selama empat hari bermula pada 23 November sehingga 26 November.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar serta duta-duta besar istimewa dan mutlak, pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi negara-negara ASEAN di Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman serta jemputan khas.

Bagi orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan ASG7 tahun ini bolehlah melayari lawan sesawang rasmi kejohanan di http://asg7.moe.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA