Pembunuh adalah pengikut IS

Pembunuh adalah pengikut IS

SAN BERNARDINO, Calif, 6 Dis – Gerakan Negara Islam (IS) semalam berkata pasangan suami isteri yang membunuh 14 orang dalam penembakan beramai-ramai di Selatan California adalah pengikutnya dan ejen FBI telah menyerbu sebuah rumah milik rakan kepada si suami.

Dakwaan Kumpulan IS itu dibuat dalam audio online yang disiarkan tiga hari selepas Syed Rizuan Farook, 28 kelahiran AS dan isteri Pakistan Tashfeen Malik, 29 tahun melepaskan tembakan raifal pada satu pesta cuti bagi kakitangan awam di San Bernardino, 60 batu timur Los Angeles.

Pasangan suami isteri itu yang meninggalkan anak damit perempuan berusia enam bulan bersama anggota keluarga mereka, terbunuh dua jam kemudian dalam kejadian tembak menembak dengan anggota polis SWAT.

Ejen persekutuan memecah masuk pintu garaj untuk menggeledah sebuah rumah di Riverside, beberapa kilometer barat daya San Bernardino di kawasan tempat yang menurut jiran-jiran pernah didiami Farook.

Teresa Mayer memegang bunga ros sambil memeluk seseorang di memorial servis di Santa Fe Dam Rec-reation Area untuk kawannya, Larry Daniel Kaufman yang terbunuh semasa penembakan beramai-ramai di Pusat Kawasan Inland, 5 Disember. Polis terus menyiasat penem,bakan itu di San Bernardino yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang mati dan 17 lagi cedera. - AFP
Teresa Mayer memegang bunga ros sambil memeluk seseorang di memorial servis di Santa Fe Dam Rec-reation Area untuk kawannya, Larry Daniel Kaufman yang terbunuh semasa penembakan beramai-ramai di Pusat Kawasan Inland, 5 Disember. Polis terus menyiasat penem,bakan itu di San Bernardino yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang mati dan 17 lagi cedera. – AFP

Seorang jurucakap wanita FBI mengesahkan ejen-ejen telah melakukan ‘kemasukan taktikal berwaspada’ apabila mendapat waran geledah persekutuan, tetapi dia enggan memberikan butiran lanjut.

Jiran-jiran menamakan lelaki yang tinggal di sana sebagai Enrique Marquez dan berkata dia kerap dilihat bersama Farook. Menurut NBC News rumah itu adalah milik seorang lelaki yang dipercayai oleh pihak berkuasa telah membeli raifal yang digunakan dalam serangan itu.

Ketika penyiasat menyiasat amukan Rabu lalu itu sebagai tindakan keganasan, Rumah Putih berkata Presiden Barack Obama akan berucap kepada negara petang hari ini memberitahu pengemaskinian kepada orang awam.

Jika penembakan beramai-ramai pada 2 Disember itu terbukti adalah angkara mereka yang mendapat inspirasi dari militan-militan, itu adalah serangan paling berbahaya di AS sejak 11 September 2001. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA