Pembunuh isytihar dirinya ‘wira anak damit’

Pembunuh isytihar dirinya ‘wira anak damit’

DENVER, 12 April (AFP) – Lelaki yang mengaku membunuh tiga orang di sebuah klinik Perancang Keibubapaan Colorado memuja seteru pengguguran janin yang membunuh seorang doktor Florida lebih dua dekad lalu, dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam menunjukkan.

Robert Dear memberitahu polis dia telah menyerang klinik di Colorado Springs kerana dia kecewa dengan pertubuhan kesihatan reproduktif kerana ‘menjual bahagian-bahagian anggota anak damit’ menurut dokumen mahkamah yang meneliti sedalam-dalamnya penghinaannya yang membuak-buak terhadap penyedia pengguguran janin.

Dear juga memberitahu para penyiasat dia menyimpan gam dalam kunci klinik pengguguran janin itu apabila dia tinggal di Selatan Carolina, teknik bantahan lumrah dikalangan aktivis yang cuba menutup klinik-klinik seumpama itu.

Dokumen-dokumen itu dibuka semalam selepas The Associated Press dan saluran pengeluaran berita lain merayu mahkamah tertinggi negeri itu bagi pendedahan dokumen itu. Hakim Gilbert Martinez pada awalnya enggan mendedahkannya, dengan mengatakan media tidak mempunyai hak Pindaan Pertama untuk mendapatkan dokumen mahkamah, yang mengakibatkan penentangan berbulan-bulan di mahkamah berhubung rekod yang secara rutin didedahkan dalam kes-kes jenayah.

Dokumen-dokumen termasuklah waran tangkap Dear dan waran untuk menggeledah lori pikap Dear, komputer, e-mel dan treler hampir runtuh miliknya di kawasan luar bandar Hartsel, Colorado. Dear, 57 tahun didakwa atas 179 pertuduhan, termasuklah membunuh, cubaan membunuh dan menyerang dalam serangan 27 November,.

Dia menahan polis dari menghampirinya selama lebih lima jam di klinik itu, dengan mencederakan sembilan orang lagi dan memaksa pemindahan beratus-ratus orang dari perniagaan di sekitarnya. Ketika dia dimasukkan ke dalam kereta ronda, Dear mula menjerit tentang pembunuhan anak-anak damit dan ‘tidak ada lagi bahagian-bahagian anggota anak damit’, menurut dokumen mahkamah.

Yang terbunuh termasuklah seorang pegawai polis dari Universiti Colorado, Colorado Springs dan dua orang yang menemani rakan-rakan ke klinik itu secara berasingan. Dalam kemarahan tiba-tiba di mahkamah, Dear mengisytiharkan dirinya ‘wira bagi anak-anak damit’ dan berkata dia bersalah. Perbicaraan bulan ini akan mendedahkan tentang sama ada dia layak untuk meneruskan kes jenayahnya.