Pembunuh ‘jen...

Pembunuh ‘jenayah benci’ di hukum mati

CHARLESTON, Amerika Syarikat (AS), 11 Jan – Juri AS semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas Dylann Roof yang menyifatkan dirinya penyokong kulit putih, ekoran pembunuhan beramai-ramai sembilan orang kulit hitam di sebuah gereja South Carolina pada Jun 2015. Satu jenayah yang mengejutkan negara itu.

Roof, 22 tahun pada bulan lalu disabitkan kesalahan atas 33 tuduhan persekutuan – termasuklah jenayah benci yang membawa kepada kematian – dalam kaitan dengan amukan penembakan di gereja bersejarah, Emanuel African Methodist Episcopal di pusat bandar Charleston.

Kumpulan pengajian Bible di ‘Mother Emanuel’ yang menerima kedatangan Roof, baru hendak memulakan upacara sembahyangnya apabila Roof, yang mengaku dirinya Nazi dan penyokong Ku Klux Klan melepaskan tembakan, membunuh sembilan orang yang berusia antara 26 hingga 87 tahun.

Pembunuhan itu sekali lagi mendedahkan ketidaksepakatan di Amerika berhubung kaum dan kemudahan penggunaan senjata.

Gambar fail pada 18 Jun 2015 menunjuk Dylann Roof diiringi keluar dari Courthouse Cleveland County di Shelby. Juri AS semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas Dylann Roof yang menyifatkan dirinya penyokong kulit putih. – AP
Gambar fail pada 18 Jun 2015 menunjuk Dylann Roof diiringi keluar dari Courthouse Cleveland County di Shelby. Juri AS semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas Dylann Roof yang menyifatkan dirinya penyokong kulit putih. – AP

Roof hanya menunjukkan sedikit reaksi terhadap keputusan itu, yang disampaikan beberapa jam selepas juri 12 anggota berhenti membuat pertimbangan, meskipun dia kadang-kadang agak mengukir senyumannya.

Hakim Persekutuan Richard Gergei akan secara rasmi menyampaikan hukuman Roof pagi ini di mahkamah Charleston. Keputusan itu yang dengan sebulat suara dicapai oleh juri adalah bersyarat.

“Saya masih merasa saya perlu melakukannya,” Roof memberitahu ahli juri sebelumnya dalam hujah penutup separa coheren.

Roof mewakili dirinya sendiri dalam fasa penghukuman perbicaraan, menentang nasihat peguam dan hakim. Dia tidak ada saksi dan tidak memberikan bukti untuk juri pertimbangkan. – AFP