Pembunuh kejam jalani hukuman gantung

Pembunuh kejam jalani hukuman gantung

TOKYO, 25 Jun (AFP) – Jepun hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan merompak dan membunuh seorang wanita selepas berkomplot melakukan jenayah itu dengan rakan yang dikenalinya melalui dalam talian. Pelaksanaan hukuman itu menjadikan 12 orang maut di tali gantung sejak Perdana Menteri Shinzo Abe mengambil alih kuasa pada 2012.

Tsukasa Kanda, 44, dihukum gantung kerana membunuh wanita berusia 31 tahun, Rie Isogai di Nagoya, bahagian tengah Jepun, pada 2007.

Beliau mengenali dia rakan sejenayahnya melalui dalam talian dan mereka kemudian membuat rancangan untuk menyasarkan mangsa wanita secara rambang.

Lelaki-lelaki terbabit menculik Isogai dari jalan Nagoya lalu melakukan pembunuh ngeri termasuk dengan memukul kepala mangsa dengan tukul besi, menurut rekod Kementerian Keadilan.

“Ini adalah kes pembunuhan kejam yang tidak dapat dibayangkan penderitaan dialami mangsa dan anggota keluarganya,” Menteri Keadilan Yoko Kamikawa memberitahu sidang media selepas pelaksanaan hukuman gantung tersebut, yang pertama sejak beliau mula memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas. “Selepas beberapa siri kajian semula yang berhati-hati, saya mengarahkan pelaksanaan hukuman gantung ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA