Pembunuh remaja ‘selfie’ dipenjara seumur hidup

Pembunuh remaja ‘selfie’ dipenjara seumur hidup

LONDON, 8 April (AFP) – Dua remaja perempuan yang mengambil selfie ketika memukul seorang wanita British sehingga mati sebelum menelefon polis meminta dihantar pulang ke rumah, dihukum penjara seumur hidup.

Mereka yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun ketika pembunuhan itu, memukul Angela Wrightson yang tidak bermaya selama lima jam di rumahnya sendiri menggunakan barangan di rumah termasuk cangkul, meja kopi dan set televisyen, sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Kes jarang berlaku itu dan usia muda pembunuh, mencetuskan perbandingan dengan pembunuhan seorang kanak-kanak, Jamie Bulger pada tahun 1993 oleh dua budak lelaki berusia 10 tahun.

Hampir 400 kanak-kanak bawah usia 18 tahun dilaporkan disabitkan atas tuduhan bunuh di Britain sejak dua dekad lalu. Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Henry Globe menggelar jenayah itu ‘serangan pengecut’ yang membabitkan ‘jenayah tidak sepatutnya berlaku.’

Wrightson, 39, ditemui dengan lebih 100 kecederaan di ruang tamu dipenuhi darah di bandar industri Hartlepool di timur laut England.

“Ini adalah serangan berterusan dalam tempoh lama dilakukan dengan senjata dengan cara berbeza,” kata hakim kepada gadis terbabit, kini berusia 15 tahun.