Pembunuhan pengkritik Kemboja, seorang didakwa

Pembunuhan pengkritik Kemboja, seorang didakwa

PHNOM PENH, 13 Julai – Mahkamah Kemboja hari ini mendakwa seorang lelaki atas pembunuhan seorang penganalisis politik terkemuka dalam satu kejadian tembak di waktu siang di ibu negara.

Polis mendakwa Oueth Ang, 43, atas dakwaan menembak mati seorang aktivis pro demokrasi Kem Ley di kedai kopi Phnom Penh pada pagi Ahad.

Namun dalam satu cerita yang lain, pihak pendakwa raya berkata pembunuh yang didakwa itu menegaskan dia digelar Chuob Samlab, nama Khmer bermaksud ‘bertujuan untuk membunuh’ dan sebenarnya berusia 38 tahun.

Pembunuh itu memberikan rasa gentar kepada masyarakat awam Kemboja di negara yang sudah melangkah dengan ketegangan politik dan di mana para aktivis secara kerap diugut oleh pihak kepentingan yang berkuasa.

Oueth Ang telah didakwa dengan “pembunuhan terancang dan membawa senjata tanpa kebenaran,” menurut pendakwa raya Ly Sophanna, yang menolak untuk memberikan butiran lanjut siasatan polis itu.

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Kem Ley yang telah ditembak mati baru-baru ini. –  AFP
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Kem Ley yang telah ditembak mati baru-baru ini. – AFP

Para pegawai telah berkata suspek itu mendakwa dia menembak Kem Ley disebabkan hutang yang tertunggak.

Namun keraguan berterusan ke atas motif itu di negara di mana kedaulatan undang-undang adalah usang dan kritikan-kritikan golongan elit dengan mudah sahaja didiamkan.

Kelmarin, isteri suspek itu memberikan butiran bahawa suaminya tidak ada wang untuk dipinjamkan kepada mangsa.

“Saya tidak percaya isu hutang adalah motifnya. Kem Ley seorang yang kaya dan kami orang miskin,” Hoeum Horth, 45, memberitahu AFP, menerangkan kekejutannya terhadap penglibatan suaminya.

Kem Ley, seorang pengulas radio yang terkenal, yang merupakan pengkritik tetap Hun Sen, 63, perdana menteri yang telah memimpin Kemboja yang dikenali dengan korupsi selama tiga dekad, dan juga seorang ahli pembangkang politik.

Kerajaan Hun Sen sering menegakkan tuduhan yang dibuat oleh parti lawan menjelang pilihan raya 2018, menggunakan mahkamah sebagai kuku besi pihak lawan.

Beliau juga telah dituduh mengganggu pilihan raya, menjalankan empayar perniagaan yang dipenuhi rasuah dan menerajui pelbagai pencabulan hak asasi semasa tiga dekad beliau memegang jawatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA