Pembunuhan suami diampunkan

Pembunuhan suami diampunkan

PARIS, 1 Feb – Presiden Perancis, Francois Hollande memberi pengampunan kepada seorang wanita yang dipenjara 10 tahun kerana membunuh suaminya selepas didera selama berdekad, kata pejabat presiden.

“Berdasarkan pengecualian kemanusiaan, presiden mahu menjadikan kenyataan bagi (Jacqueline) Sauvage untuk kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” kata presiden dalam satu kenyataan.

Pengampunan yang jarang itu diluluskan oleh Hollande membolehkan hukuman penjara Sauvage dikurangkan sekali gus membenarkan wanita berusia 68 tahun itu dibebaskan pada pertengahan April, kata peguamnya.

Sehingga masa itu, dia sudah menghabiskan masa lebih tiga tahun dalam penjara.

Pemberian pengampunan itu hadir dua hari selepas presiden bertemu buat julung kali dengan tiga anak perempuan Sauvage dan peguamnya pada Jumaat lalu.

Presiden Perancis, Francois Hollande (kiri) memberikan pengampunan kepada wanita yang didakwa membunuh suaminya. – Reuters
Presiden Perancis, Francois Hollande (kiri) memberikan pengampunan kepada wanita yang didakwa membunuh suaminya. – Reuters

Kes Sauvage mendapat tumpuan besar di Perancis apabila lebih 400,000 orang menandatangani petisyen supaya dia dibebaskan.

“Saya terharu, gembira, berbesar hati dan lega,” kata pengasas kumpulan peguam untuk Sauvage, Eva Darlan.

Sauvage berkahwin selama 47 tahun dengan Norbert Marot, pemabuk yang dia dakwa merogol dan memukulnya serta tiga anak perempuan serta turut mendera anak lelakinya.

Pada 10 September 10, 2012, sehari sebelum anak lelakinya menggantung diri, Sauvage menembak suaminya tiga kali di belakang dengan sepucuk raifal. – AFP