Pemburu tembak mati badak selepas lawatan diraja

Pemburu tembak mati badak selepas lawatan diraja

GUWAHATI, India, 15 April (AFP) – Pemburu menembak mati seekor badak di taman hidupan liar di timur laut India beberapa jam selepas Putera Britain William dan isterinya Kate melawat tempat perlindungan itu, kata seorang pegawai hidupan liar hari ini.

Renjer menemui badak yang sudah mati dengan tanduknya hilang semalam – pada hari pasangan diraja meninggalkan Taman Negara Kaziranga di negeri Assam, tempat tinggal kepada dua pertiga daripada badak satu tanduk yang masih tinggal di planet.

“Pemburu menggunakan senapang AK-47 untuk membunuh badak jantan dewasa dan selepas membunuh haiwan itu, mereka membawa pergi tanduknya,” beritahu Sunasish Das, pegawai kanan perhutanan, kepada AFP.

Ia adalah kali kedua pembunuhan badak dalam tempoh empat hari lalu. Pemburu telah membunuh seekor badak dewasa pada Isnin sebelum mencungkil tanduknya, meninggalkannya berlumuran dalam darah.

Kaziranga telah berjuang menentang pemburu yang membunuh badak untuk tanduk mereka, yang dijual dengan harga yang tinggi di beberapa negara Asia di mana mereka digunakan untuk ubat dan barang kemas.

Laman web taman berkata 27 ekor badak diburu pada tahun 2014 dan 17 lagi pada tahun lalu.

Satu bancian terbaru menganggarkan terdapat 2,400 badak satu tanduk, kini disenarai sebagai “mudah terancam” oleh kumpulan pemuliharaan, di Kazirangan daripada jumlah 3,300 di seluruh dunia.

Ketika lawatan mereka ke Kazirangan, Duke dan Duchess Cambridge bertemu dengan pegawai hidupan liar yang berjuang melindungi badak daripada pemburu, dan memberi minuman susu daripada botol kepada seekor anak badak.

ARTIKEL YANG SAMA