Pemburuan ikan yu dijalankan

Pemburuan ikan yu dijalankan

SYDNEY, 6 Jun – Pemburuan telah dijalankan hari ini ke atas seekor ikan yu sepanjang enam meter yang disalahkan atas serangan maut seorang penyelam di barat Australia, meskipun pertuduhan itu sama saja seperti ‘pembunuhan balas dendam’.

Wanita itu, 60, maut dibaham satu kilometer di luar pantai dari Perth, kelmarin oleh ikan yu yang digambarkan oleh saksi lebih besar daripada bot mereka, 5.3 meter (17.4 kaki). Seorang peluncur juga mengalami kecederaan pada Jumaat selepas kakinya dibaham oleh seekor ikan yu di pantai yang sama minggu lepas.

Jabatan perikanan Australia Barat berkata ia akan memasang ‘alat penangkapan’ untuk menangkap apa yang mereka percayai adalah seekor ikan yu besar yang memberi ancaman serius kepada keselamatan orang awam.

Pegawai Perikanan, Tony Cappelluti berkata jika seekor ikan yu menyamai dengan apa yang digambarkan dengan salah seekor yang menyerang penyelam itu telah ditangkap, ia ‘sepertinya kami akan mengambil keputusan untuk memusnahkannya bagi kepentingan keselamatan awam.”

“Kami mempunyai dua kaedah…sama ada kami akan membiarkannya dalam jaring itu atau kami boleh menggunakan senjata api untuk memusnahkannya,” katanya. “Dalam kejadian hari ini, kami akan menggunakan senjata api.”

Kumpulan hak asasi haiwan, Humane Society International menyatakan ‘sangat bimbang’ atas rancangan kerajaan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA