Pemecatan pen...

Pemecatan pengurus dalam PL

LONDON, 5 Jan – Mike Phelan menjadi pengurus ketiga Liga Perdana dalam tempoh dua minggu untuk kehilangan tugas selepas dipecat oleh Hull City pada Selasa lalu, yang membawa kepada spekulasi mengenai siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Dipecat selepas hanya 82 hari mendapatkan peranan dalam kapasiti rasmi dan dengan pasukannya berada di tangga tercorot, Phelan menyertai Alan Pardew dari Crystal Palace dan Bob Bradley dari Swansea City yang kehilangan tugasannya dalam tempoh perayaan.

Bradley, yang hanya bertahan selama 11 perlawanan dan 85 hari dalam kerusi panas Swansea, menyaksikan dirinya digantikan oleh Francesco Guidolin dari Itali, dipecat pada awal Oktober.

Pengurus Watford, Walter Mazzarri ketika memberikan arahan kepada para pemainnya dalam perlawanan menentang Stoke City di Stadium Britannia. - AP
Pengurus Watford, Walter Mazzarri ketika memberikan arahan kepada para pemainnya dalam perlawanan menentang Stoke City di Stadium Britannia. – AP

Seorang yang seharusnya menunjukkan rasa gementar di depan akhbar mengenai siapa seterusnya untuk menghadapi penyingkiran adalah Walter Mazzarri dari Watford.

Bagaimana pun, pengurus dari Itali itu, 55, tahu mengenai tekanan ketika mengendalikan Napoli dan Inter Milan dan dilihat tidak kisah dengan persoalan mengenai masa depannya walaupun pasukan The Hornet tewas tujuh dari 10 perlawanan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA