Pemedulian BSJV untuk anak yatim

Pemedulian BSJV untuk anak yatim

Oleh Anwar Rosli

 

KUALA BELAIT, 13 Julai – Dalam semangat bulan Ramadan ini, Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang berlangsung di Pusat Insani, Seria, hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, yang diikuti dengan penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim oleh kakitangan yang telah berkhidmat lebih 40 tahun di Brunei Shell Petroleum (BSP) dan Brunei LNG, iaitu Lim Jit Ngee, Haji Bakar bin Haji Abdullah, Awang Suhaili bin Abdullah, Awang Muhd Yusof bin Koya dan Haji Mat Daud bin Salleh, serta ketua-ketua kampung berkaitan di Daerah Kuala Belait.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji Azhar bin Haji Yahya, pengarah komersial BSP dan pasukan kepimpinan.

Majlis tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban anak-anak yatim dan membantu mereka dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Salah seorang anak yatim yang hadir menerima sumbangan derma mereka daripada BSJV.
Salah seorang anak yatim yang hadir menerima sumbangan derma mereka daripada BSJV.
Antara mereka yang menghadiri majlis penyerahan derma BSJV di Pusat Insani, Seria, kelmarin.
Antara mereka yang menghadiri majlis penyerahan derma BSJV di Pusat Insani, Seria, kelmarin.

Ia juga diadakan bagi mengukuhkan ikatan silaturahim di antara masyarakat dan syarikat-syarikat di bawah BSJV.

Sumbangan diambil daripada Dana Anak-anak Yatim BSJV, sebagai sebahagian daripada komitmen BSP untuk sentiasa memeduli dan memberi balik kepada keluarga kakitangannya yang kembali ke rahmatullah, dan dilanjutkan kepada anak-anak yatim di Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA