Pemedulian untuk anak yatim, ibu tunggal

Pemedulian untuk anak yatim, ibu tunggal

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Seramai 50 orang anak yatim sekolah IQRA dan 30 ibu tunggal yang anak mereka bersekolah di sekolah IQRA menerima kantung hadiah Hari Raya dan derma pada majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan kelmarin.

Hadir menyampaikan sumbangan itu, Timbalan Presiden IQRA Haji Mislee bin Haji Abdullah dan Pengurus Fairoz Jaya, Feroz Khan.

Manakala ibu tunggal menerima sumbangan derma dan hamper disampaikan oleh ahli jawatankuasa IQRA. Acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan IQRA semasa bulan Ramadan yang bertujuan untuk meringankan beban ibu tunggal seterusnya berkongsi kegembiraan anak-anak yatim pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumbangan derma itu adalah daripada pihak sekolah dan syarikat swasta serta orang perseorangan yang prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

Salah seorang anak yatim menerima sumbangan mereka daripada Feroz Khan.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan mereka daripada Feroz Khan.

ARTIKEL YANG SAMA