Pemegang akaun simpanan pelajar SCB dapat hadiah

Pemegang akaun simpanan pelajar SCB dapat hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Seorang pemegang Akaun Simpanan Pelajar Muda Bank Standard Shartered, Lee Chue Chua (gambar), telah menerima hadiah $1,000 atas kejayaannya memperoleh ijazah kelas pertama dalam Matematik Kewangan dari Universiti Kent, UK.

Majlis penyampaian hadiah tersebut diadakan di ibu pejabat SCB di ibu negara hari ini di mana beliau menerima replika cek yang disampaikan oleh Ketua Produk dan Segmen Peruncitan SCB, Cheok Fui Say.

“Kami gembira untuk memberikan hadiah ini kepada Lee Chue Chia atas kejayaan beliau memperoleh ijazah Kelas Pertama bagi Sarjana Muda Sains beliau dalam Matematik Kewangan,” kata Cheok Fui Say dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ini adalah sebahagian daripada komitmen bank berkenaan untuk menghargai kejayaan pemegang-pemegang Akaun Simpanan Pelajar Muda.

pg08_150819_c

ARTIKEL YANG SAMA