Pemenang Baiduri UnionPay berbelanja di Supa Save

Pemenang Baiduri UnionPay berbelanja di Supa Save

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Seramai 12 orang pemegang kad debit Baiduri UnionPay yang bertuah mendapat ganjaran dan peluang untuk membeli-belah bernilai $150 di Pasarraya Supa Save Beribi, hari ini.

Mereka ialah Diris Tan Lian Fah, Dayang Siti Arbi binti Haji Ismail, Hajah Noridah, Dayang Nur Razanah binti Abdul Rahman, Kiew Suh Chi, Dayang Syakira binti Haji Yusoff, Awang Hasnal Hadi bin Ahmad, Hismawadi bin Haji Mohamad, Michelle Chen Macaulay, Peter Lu Yeong Hwa, Dayang Siti Aniza binti Johaini, Hajah Riffat Sultana Rana, Chai Nyok Sin @ Nyok Sin, Ong Siew Ching dan Tang Yik Liong.

Hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

Kesemua mereka diberikan masa selama 30 minit untuk membuat pilihan dan membeli-belah bagi barang-barang keperluan mereka bernilai $150, di mana semasa tempoh itu, setiap seorang daripada mereka diiringi oleh seorang kakitangan Bank Baiduri yang membantu mereka untuk memasukan barang-barang yang dipilih serta memastikan mereka membelanjakan $150 itu dengan berhemah.

Acara tersebut merupakan kali ketiga yang diadakan oleh Bank Baiduri bersama-sama dengan UnionPay bagi promosi ‘Take Me Shopping with Baiduri UnionPay Debit Cards’.

Salah seorang pemenang bertuah sedang membuat pilihan ketika membeli-belah di pasar raya tersebut.
Salah seorang pemenang bertuah sedang membuat pilihan ketika membeli-belah di pasar raya tersebut.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang bertuah dan kakitangan Bank Baiduri.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang bertuah dan kakitangan Bank Baiduri.

Promosi tersebut diadakan selama tiga bulan bermula sejak 25 September sehingga 13 Disember, di mana kesemua pemegang kad debit Baiduri UnionPay diberikan pelbagai kelebihan apabila menggunakan kad mereka untuk membuat pembelian di pasar raya-pasar raya yang menyertai promosi pada setiap hujung minggu iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad.

Sebanyak 14 buah pasar raya telah terlibat dalam promosi tersebut termasuk rangkaian pasar raya Hua Ho, Soon Lee, Jaya Hypermart, Supa Save, Sim Kim Huat, Freshco, First Emporium dan Utama Grand.

Setiap hujung minggu, sebuah pasar raya akan diketengahkan, di mana para pelanggan yang berada di daerah-daerah lain juga berpeluang untuk menyertai promosi itu.

Semasa promosi itu juga, pemegang kad debit Baiduri UnionPay akan menerima sebiji beg membeli-belah percuma apabila mereka berbelanja tidak kurang dari $50 dan seterusnya berpeluang untuk menyertai acara membeli-belah bulanan itu.

Promosi ‘Take Me Shopping with Baiduri UnionPay Debit Cards’ dianjurkan dengan hasrat untuk menjana kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kemudahan dan manfaat kepada pengguna membuat pembelian dengan kad debit berkenaan khususnya pemegang-pemegang kad itu.

ARTIKEL YANG SAMA