Pemenang Ballon d’Or diumum 11 Januari 2016

Pemenang Ballon d’Or diumum 11 Januari 2016

pg24_150917_b

PARIS, 16 Sept (AFP) – Pemenang Anugerah Ballon d’Or atau Pemain Tahunan Terbaik Dunia akan diumumkan pada satu majlis di Zurich pada 11 Januari tahun depan, umum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), di sini.

Bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah ini tahun lalu, namun pesaing lamanya, Lionel Messi berharap dapat merampasnya kembali pada kali ini, selepas menampilkan aksi cemerlang bersama Barcelona.

Majlis itu akan turut menyaksikan pemilihan Pemain Tahunan Terbaik Wanita bersama Jurulatih Tahunan Terbaik Lelaki dan Wanita serta Penjaga Gol Tahunan Terbaik Puskas.