Pemenang bawa pulang telefon pintar

Pemenang bawa pulang telefon pintar

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Empat orang pelanggan Dee Jay telah membawa pulang telefon pintar setiap seorang apabila dipilih sebagai pemenang bulan November dalam Promosi Cabutan Bertuah ‘Come, Shop, and Win’ sempena ulang tahun ke-29 kedai elektronik berkenaan.

Awang Shaizwan bin Awang Omar yang telah membeli telefon pintar di cawangan The Airport Mall telah memenangi hadiah utama berupa Samsung Galaxy J7, manakala itu, Juan Karlo Zacarias, Juliana H. Mohdzar dan Tariq Abu Bakar, masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa Samsung Galaxy Y. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pembantu Pengurus Pemasaran, Han Chuen Liaw bersama kakitangan Dee Jay yang lain.

Para pemenang bersama hadiah masing-masing bergambar ramai dengan kakitangan Dee Jay.
Para pemenang bersama hadiah masing-masing bergambar ramai dengan kakitangan Dee Jay.

ARTIKEL YANG SAMA