Pemenang bertuah bawa pulang tiket ke Melbourne

Pemenang bertuah bawa pulang tiket ke Melbourne

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Tuah menyebelahi Dayang Noorhafidah binti Damit setelah beliau berjaya membawa pulang satu tiket penerbangan ke Melbourne bersempena Promosi Ramadan Restoran Excapade dengan kerjasama Royal Brunei Airlines (RB).

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah di majlis yang berlangsung di Restoran Excapade, cawangan Bandar Seri Begawan, hari ini ialah Pegawai Perkongsian FFP dari RB, Dayang Siti Kazimah binti Haji Abdullah, Pengurus Pemasaran Excapade, Melanie Narvacan dan Pengurus Operasi Excapade, Feh Enriquez. Promosi Ramadan ini adalah merupakan promosi tahunan yang telah diungkayahkan bersama RB dan Restoran Excapade kepada para pelanggan yang menjamu selera ataupun membawa balik pembelian mereka.

Promosi yang berlangsung bermula pada 18 Jun sehingga 17 Julai ini, mendapat lebih 100 penyertaan daripada pelanggan dari kesemua sembilan cawangan Excapade yang ada di negara ini. Dayang Noorhafidah semasa ditemui melahirkan rasa gembira kerana ini adalah merupakan kemenangan pertama dan terbesar yang pernah telah dialami beliau.

RB dan Restoran Excapade akan meneruskan kerjasama mereka pada masa hadapan dalam mengadakan promosi-promosi yang lebih menarik kepada para pelanggan mereka.

Dayang Siti Kazimah, Melanie Narvacan dan Feh Enriquez bergambar ramai bersama Dayang Noorhafidah (2 kiri).
Dayang Siti Kazimah, Melanie Narvacan dan Feh Enriquez bergambar ramai bersama Dayang Noorhafidah (2 kiri).

ARTIKEL YANG SAMA