Pemenang bertuah promosi Red Bull terima hadiah

Pemenang bertuah promosi Red Bull terima hadiah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Seramai 22 pemenang bertuah hari ini telah dipilih bagi promosi Red Bull Boost and Win 2016 bagi minggu terakhir dan masing-masing membawa pulang hadiah-hadiah utama iaitu tiga unit TV LED, empat unit mesin basuh, lima unit peti sejuk dan 10 kartun Red Bull.

Penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Onestation, telah disempurnakan oleh Pengarah Onestation Supermarket, Mentiri, How Chin Chuan; Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon dan Pengurus Pemasaran dan Jualan syarikat pengedar utama Red Bull Brunei, Kevin Robin Jon.

Pemenang-pemenang bagi promosi Red Bull Boost and Win 2016 minggu terakhir bergambar ramai.
Pemenang-pemenang bagi promosi Red Bull Boost and Win 2016 minggu terakhir bergambar ramai.

Pemenang hadiah utama TV LED ialah Awang Mohd Junaidi bin Haji Mohd Kassim, Awang Asmali bin Abdul Rahman dan juga Awang Ammar Raihan bin Haji Abdul Rahman.

Turut menerima hadiah ialah pemenang mesin basuh, peti sejuk dan Red Bull.

 

ARTIKEL YANG SAMA