Pemenang cabutan bertuah bawa pulang hadiah hebat

Pemenang cabutan bertuah bawa pulang hadiah hebat

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Enam orang pelanggan bertuah telah memenangi hadiah besar dalam Cabutan Bertuah ‘Kopi Kapal Api: Betul-Betul Menarik!’ yang diadakan sempena Pesta Pengguna ke-17 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

Hadiah utama berupa TV LG 43” 4K Ultra HD telah dimenangi oleh Awang Mohd Khairul Azam Shah bin Haji Azamain, manakala Awang Jaya memenangi tempat pertama dengan membawa pulang peti sejuk Toshiba LED Hybrid (554L) dan Awang Dalisan pula memenangi hadiah kedua berupa telefon bimbit Samsung Galaxy S6 Edge (32GB bersama WiFi)

Sementara itu, Dayang Zulaekah (mendapat hadiah ketiga), Dayang Ummu Athirah binti Adnani (keempat) dan Hajah Aminah binti Ampuan Haji Tengah (kelima) masing-masing membawa pulang Hitachi Fully Auto Washer (13KG), Apple iPad Mini 4 (16GB bersama WiFi) dan ketuhar gelombang mikro LG (30L).

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama, hadiah pertama dan hadiah kedua ialah Pengarah Indadi Utama (M) Sdn Bhd (dari Malaysia), Frankie Ridzal. Manakala hadiah ketiga hingga kelima pula telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bintang Ria Sdn Bhd, Tiong Kok Shin.

Pihak penganjur bergambar ramai bersama para pemenang hadiah utama dan lima pemenang teratas pada majlis itu.
Pihak penganjur bergambar ramai bersama para pemenang hadiah utama dan lima pemenang teratas pada majlis itu.
Para pemenang sagu hati turut bergambar ramai bersama pihak penganjur.
Para pemenang sagu hati turut bergambar ramai bersama pihak penganjur.

Di samping enam pemenang teratas, 20 orang pelanggan lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa hamper Kopi Kapal Api bernilai $60 setiap satu yang telah disampaikan oleh Pengurus Jualan dan Pemasaran Bintang Ria Sdn Bhd, Chai Kian Hock dan Penyelaras Pemasaran Indadi Utama (M) Sdn Bhd, Indriani Kosim.

Cabutan bertuah anjuran Bintang Ria Sdn Bhd dan diuruskan oleh Perkhidmatan Pemasaran Adison (Adison Marketing Services) ini merupakan Cabutan Bertuah Kapal Api pertama dan terbesar di Negara Brunei Darussalam bagi menunjukkan penghargaan kepada pelanggan dan memberi ganjaran kepada mereka atas kesetiaan dan sokongan kepada jenama kopi berkenaan.

Pelanggan yang telah membeli satu pek produk terpilih Kapal Api dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2015 yang lalu layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

Sehubungan itu, 26 nama daripada lebih 1,000 peserta telah diundi secara rambang pada 15 Januari 2016 di pejabat Bintang Ria dan telah dihubungi melalui panggilan telefon untuk hadir ke majlis cabutan utama dan penyampaian hadiah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA