Pemenang cabu...

Pemenang cabutan bertuah Pokka terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Cataleya Trading Company selaku pengedar tunggal minuman jenama Pokka di Brunei, semalam, telah mengadakan cabutan mingguan ketiga bagi POKKA Bonanza yang berlangsung di Freshco, Times Square.

Sepuluh orang peserta dipilih untuk menyertai cabutan berkenaan di mana mereka perlu bertanding untuk memenangi hadiah, dengan salah seorang daripada mereka, Haji Mohamad Abdullah telah memenangi Go Hero Session 5.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dua cabutan mingguan sebelumnya masing-masing telah diadakan di Sim Kim Huat, Airport Mall dan Freshco, Batu Satu.

Antara pemenang cabutan Pokka Bonanza.
Antara pemenang cabutan Pokka Bonanza.

Pengurus Pentadbiran Cataleya Trading Co, Apple Lu telah menyampaikan hadiah kepada dua pemenang daripada kedua-dua cabutan mingguan berkenaan iaitu Dayang Nur Syazwani binti Johari and Hajah Saleha binti Pengarah Haji Basi yang masing-masing juga memenangi Go Hero Session 5.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai masih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan sebelum 14 Januari dengan cabutan utama akan diadakan pada 21 Januari 2017 semasa Pesta Pengguna ke-19 yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (berlangsung dari 18 hingga 22 Januari).

Orang ramai boleh menyertainya dengan hanya membeli 1 botol (0.5L atau 1.5L) Pokka Green Tea dengan pilihan mana-mana Pokka Ice Fruit Tea (0.5L atau 1.5L) di mana-mana kedai dengan menanggalkan label botol dan isi borang pendaftaran.

ARTIKEL YANG SAMA